Pages

Panna Cotta Manggo's

hari tu aku try buat panna cotta manggo.. aku ingat nak buat yg strawberry..tp malas nak pergi jusco..so aku just pergi kedai dekat ni.beli mangga..sbb teringin sgt nak try buat..jadi ke tak jadi kan..
gambar bawah ni bukan aku punya.ni contoh gamba sahaja..aku punya tak sempat nak snap gambar..aku dah makan habis..haha

aku punya pun lebih kurang mcm ni jugak..
Bahan-bahan:
2 biji mangga manis(optional)
2 1/2 cawan susu cair/susu segar
1 sdT esen vanila
1/4 cawan gula
7 gm gelatin+3 sudu besar air panas

cara-cara:
Campurkan gelatin dan air panas. Satukan hingga sebati tanpa ketul2. Kemudian ketepikan.
Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.
Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.
Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan dalam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree mangga.
Kisar mangga menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula.
Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan mangga tadi.
Siap dihidang.
sedaapppp~~~~

actually aku punya aku tak ikut resepi ni bulat2..sbb aku pergi kedai mlm..so kedai yg jual gelatin dah tutup.aku just pkai serbuk puding perisa mangga..brand Nona.. pandai2 jek aku adjust supaya jadi puding.. haha.. bagi aku.bab masak memasak kena kreatif..kadang2 ikut sangat resepi tak jadi..aku main campak2 jek..ikut style mak aku..sbb mak aku even campak2 pun die masak menjadi n sedappp...lagi satu nak masak n buat pape makanan jangan takut2..belajar n terus belajar..nak masak sedap bukan senang tau..kena banyak pengalaman....aku skrg pun masak tak sedap mcm mak aku..even aku dah belajar masak dari umur 13 tahun..hukhuk..malunyer...umur 13 tahun dah start masak..tapi tak boleh masak dengan sedap n mavelesss... just masak untuk family2 jek..kalau masak untuk ramai2..aku cuakkkk.... hhahaha.. ok la..selamat mencuba resepi panna cotta~~ bye2

0 comments:

Post a Comment